#ImpactTolongHantar Vaksin

Inisiatif ini menawarkan bantuan tunai dan khidmat e-hailing kepada golongan B40, Orang Asli OKU dan warga emas yang memerlukan bantuan ke PPV, dan khidmat Peneman untuk warga emas dan golongan yang memerlukan.

Perlukan bantuan? Daftar sekarang!
 

Apakah projek #ImpactTolongHantar Vaksin?

#ImpactTolongHantar (ITH) Vaksin merupakan inisiatif dari Impact Malaysia untuk membantu golongan rentan seperti B40, Orang Asli, warga emas dan golongan OKU yang memerlukan bantuan pengangkutan dan khidmat peneman untuk pergi mengambil vaksin di PPV. Sebelum ini #ITH adalah usaha kolaboratif untuk membantu pelbagai organisasi dan persatuan untuk menghantar barangan asas rentas negeri kepada rakyat Malaysia yang memerlukan ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

#ITH mengikuti SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam semua operasi kami.

Inisiatif ini dijalankan oleh Impact Youth, sebuah kolektif sukarelawan muda seluruh Malaysia, dan rakan strategik kami Teman Malaysia.


Tolong Hantar

Penerima Bantuan

Golongan B40


Orang Asli


OKU


Warga Emas

Melayu